Selasa, 26 Mac 2013

Kejohanan Catur MSSM 2013

Kejohanan Catur MSSM 2013
25-29 Mac 2013
Hotel Taiping Perdana


SMK Sri Kota menjadi Pegawai Perhubungan (LO) bagi Kontinjen Terengganu Darul Iman.


Sabtu, 23 Mac 2013

Status Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah


4.4.1    Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}  Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}.

4.4.2    Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.

{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

4.4.3    Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.

{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

4.4.4    Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

4.4.5    Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.

4.4.6    Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.

4.4.7    Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.

Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.


Isnin, 18 Mac 2013

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN

Perhimpunan Kokurikulum Bulan Mac 2013
Tarikh  :  18 Mac 2013
Hari  :  Isnin
Masa  : 0725 - 0805 hrs
Lokasi  : Dataran Perhimpunan SMKSK
Pasukan Bertugas  :  Pasukan Kor Kadet Polis



Pemeriksaan barisan oleh Leftenan Kolonel KRS Hjh Nor Kamaliah bt Ghazali diiringi oleh C/Insp /KP Khoo Teng Seng.
Pemeriksaan barisan oleh Leftenan Kolonel KRS Hjh Nor Kamaliah bt Ghazali diiringi oleh C/Insp /KP Khoo Teng Seng.

Ucaptama oleh Mejar KRS Chai Sang Ter





Ahad, 17 Mac 2013

BOLA SEPAK B18 & B15 - PERLAWANAN PERSAHABATAN

Perlawanan Persahabatan Pasukan Bawah 18 
Tarikh : 17 Mac 2013
Hari : Ahad
Tempat : Padang SMK Kg Jambu
 Keputusan:

SMK Sri Kota (4) menewaskan SMK Kg Jambu (0)

Gol-gol disumbangkan oleh:
1. Mohd Hafizi b Shahrom (2)
2. Mohammad Nor Fitri b Saiful Rizal (2)

PASUKAN BAWAH 18





Perlawanan Persahabatan Pasukan Bawah 15 Tahun
Keputusan :
SMK Sri Kota (0) - SMK Kg Jambu (0)

PASUKAN BAWAH 15





Sabtu, 16 Mac 2013

Pn Jamilah bt Zakaria

Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jamilah bt Zakaria atas segala sumbangan idea dan tenaga beliau dalam perkembangan kokurikulum murid selama beliau berada di SMK Sri Kota, Taiping. Tahniah atas perpindahan ke PPD Larut Matang dan Selama mulai 15 Mac 2013.

Terima kasih daripada warga SMK Sri Kota

Terima kasih

Terima kasih sekali lagi.

Rabu, 13 Mac 2013

AKTIVITI KOKURIKULUM 16 MAC 2013/SABTU

AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK

Sabtu, 9 Mac 2013

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013


Perasmian Penutupan Kursus
Ahmad Yusri

Pn Mashitah bt Abdul Moin
Pn Nik Zurnin bt Ibrahim


 
 


Pn Siti Salina bt Mohd Taib

En Chee Ming Sin

En Ab Rahman b Hj Bidin

Cik Muniroh bt Mustaffa





Khamis, 7 Mac 2013

KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013

Tarikh: 9 Mac 2013 
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : SMK Sri Kota

Penceramah:

  1. En Ahmad Yusri b Alimin (Tajuk : Pengenalan / Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Proses Penubuhan Kelab dan Persatuan)
  2. Cik Muniroh bt Mustaffa (Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab AJK)
  3. Pn Mashitah bt Abdul Moin (Tajuk : Pengurusan Mesyuarat dan Minit Mesyuarat)
  4. Pn Nik Zurnin bt Ibrahim (Tajuk : Pengurusan Fail dan Surat Menyurat)
  5. Pn Siti Salina bt Mohd Taib (Tajuk : Penyediaan Kertas Kerja Program)
  6. En Chee Ming Sin (Tajuk : Penyediaan Laporan Program)
  7. En Ahmad Yusri b Alimin (Tajuk : Pengucapan Awam)
Kehadiran:
Semua Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
Kelab Persatuan Akademik dan Bukan Akademik
Pasukan Badan Beruniform
Kelab Permainan



Jumaat, 1 Mac 2013

Aktiviti Kokurikulum Januari/Februari 2013








Catatan Popular