Isnin, 21 April 2014

Standard Operational Procedures (SOP)

Sabtu, 19 April 2014

Pengumpulan Surat Kebenaran Ibu Bapa / Waris Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kepada semua Ketua Guru Penasihat Pasukan Unit Beruniform dan Pengurus Pasukan Sekolah dalam program/aktiviti dan pertandingan di luar sekolah bagi tahun 2014, mohon serahkan semua Surat Kebenaran Ibu Bapa/Waris Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Penyelaras Kokurikulum untuk difailkan bagi tujuan semakan dan rujukan pihak berwajib.

Jumaat, 18 April 2014

Daulat Tuanku


Standard Operational Procedures (SOP)


STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES (SOP)


PROGRAM          :
TARIKH               :
TEMPAT              :

PERATURAN / PROSEDUR YANG PATUT DIFAHAMI DAN DIPATUHI OLEH SEMUA PESERTA

A.                  DALAM KENDERAAN / BAS
1.       Duduk di tempat yang ditetapkan – berlainan jantina tidak dibenarkan.
2.       Tidak dibenarkan membuat bising dan bermain.
3.       Jaga kebersihan – sampah hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
4.       Utamakan keselamatan ketika naik dan turun bas.

B.                  TEMPAT PENGINAPAN
1.       Tidak dibenarkan melakukan perkara yang menyalahi peraturan seperti bergaduh dan sebagainya.
2.       Segala peralatan hendaklah dijaga dengan baik.
3.       Utamakan kebersihan, sampah hendaklah dibuang ditempat yang ditentukan.
4.       Peserta lelaki dilarang sama sekali berada di tempat penginapan peserta perempuan dan sebaliknya.
5.       Selepas jam 11.00 malam tidak ada pergerakan peserta di tempat penginapan.

C.                  DEWAN MAKAN
1.       Sentiasa beratur ketika mengambil makanan.
2.       Jaga kebersihan tempat makan.
3.       Kerusi mesti disusun selepas digunakan.
4.       Pinggan dan cawan yang digunakan hendaklah dibasuh dan diletakkan di tempat yang diarahkan.
5.       Jangan tinggalkan sisa makanan di atas meja makan.
6.       Duduk dalam kumpulan yang ditetapkan.
7.       Tunggu sehingga semua peserta telah duduk dan salah seorang peserta membaca doa makan.
8.       Jangan membuat bising di meja makan.

D.                  DEWAN KULIAH
1.       Masuk ke dalam dewan dengan cara beratur.
2.       Pakaian adalah seperti yang diarahkan.
3.       Dilarang bermain dan membuat bising di dalam dewan.
4.       Jaga kebersihan dewan.
 
E.                   SURAU
1.       Semua peserta Islam mesti berada di dalam surau pada waktu solat.
2.       Jangan bermain dan membuat bising.
3.       Jaga kebersihan surau.

F.                   KAWASAN LARANGAN
1.       Semua peserta hendaklah berada di tempat yang ditentukan sahaja.
2.       Peserta tidak dibenarkan merayau, bermain atau berada di kawasan larangan.
3.       Kawasan larangan akan ditetapkan pada hari pertama kursus.

G.                  PERATURAN KESELAMATAN PROGRAM
1.       Sepanjang program peserta hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2.       Peserta beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
3.       Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
4.       Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan kem.
5.       Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
6.       Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa kem berlangsung.
7.       Tidak dibenarkan keluar dari kawasan program kecuali semasa aktiviti rasmi.
8.       Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.
9.       Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
10.    Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak Urusetia.
11.    Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
 
H.                  PERATURAN-PERATURAN LAIN
1.       Semua peserta mestilah berada di tempat  aktiviti dengan menepati masa yang ditetapkan.
2.       Pakaian adalah bersesuaian dengan aktiviti, seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
3.       Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit.
4.       Laporkan segera sekiranya peserta tidak sihat atau mengalami kemalangan.
5.       Peserta lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berjumpa / bertemu dengan tujuan bersuka-suka.
6.       Segala peralatan yang dibawa hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kehilangan adalah tanggungan sendiri.
7.       Semua peserta mesti mengikuti segala aktiviti yang dirancang.
8.       PESERTA YANG MELANGGAR PERATURAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN.
9.       PERATURAN-PERATURAN LAIN AKAN DIBERIKAN DARI SEMASA KE SEMASA.


“SAYA MENGAKU FAHAM DAN AKAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN / PROSEDUR YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK URUSETIA”


Tandatangan       :           ..........................................................................................(Peserta)
Nama                   :           ..........................................................................................
No. K.P.                 :           ..........................................................................................
Sekolah                 :           SMK Sri Kota, Taiping
Tarikh                    :           ..........................................................................................


Disaksikan oleh   :
Tandatangan       :           ........................................................................(Ibubapa/Guru Pengiring)
Nama                     :              ..........................................................................................
No. K.P.                 :              ..........................................................................................
Sekolah                 :              SMK Sri Kota, Taiping
Tarikh                    :              ..........................................................................................


Khamis, 17 April 2014

Polisi Keselamatan (SOP) Semasa Aktiviti Kokurikulum "Kemalangan Sifar"


OBJEKTIF
1. Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
2. Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.

PERANAN IBU BAPA
1. Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-masing.
2. Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
3. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
4. Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
5. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
6. Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
7. Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
8. Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

PERANAN GURU
SEMASA AKTIVITI GERKO
1. Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
2. Memahami dan mematuhi tatcara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
3. Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
4. Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
5. Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
6. Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.
7. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.
Borang ini difailkan dalam fail Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
8. Hadir di tempat aktiviti 15 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
9. Mencatat kehadiran pelajar.
10. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
11. Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
2. Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan.
3. Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
4. Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
5. Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
6. Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivti dijalankan.
7. Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
8. Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
9. Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
10. Mengatur program yang sesuai.

PROSEDUR TETAP (SOP) PELAJAR SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SUKAN DAN PERMAINAN
•Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan aktiviti.
•Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
•Bergerak ke kawasan sukan setelah menerimaarahan daripada guru.
•Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan permainan.
•Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan kepada guru .
•Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.

2. UNIT BERUNIFORM
•Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
•Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
•Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli .
•Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
•Tunggu arahan daripada guru penasihat.
•Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri rawatan.

3. KELAB / PERSATUAN
•Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
•Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
•Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
•Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
•Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan segera dan laporkan kepada guru.
•Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti ,guru penasihat hendaklah melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

4. LAWATAN SAMBIL BELAJAR
•Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan menyerahkannya kepada guru penasihat.
•Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
•Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
•Bawa peti kecemasan yang lengkap.
•Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan.
•Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
•Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
•Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan minta bantuan sehingga bantuan sampai.

5. AKTIVITI PERKHEMAHAN
•Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
•Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
•Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
•Dirikan khemah di kawasn sesuai .
•Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap yang berbisa.
•Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
•Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
•Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
•Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
•Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah minta pertolongan kecemasan dengan segera.
•Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
•Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di klinik/hospital berdekatan.
•Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
•Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas / penyelamat kelemasan.
•Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1995 

Surat Pekeliling Tambahan Ikhtisas 9/2000



Selasa, 15 April 2014

Pengarah Pendidikan Perak

Catatan Popular