Isnin, 11 November 2013

MARKAH 10% KOKURIKULUM CALON SPM 2013

SEMUA CALON SPM SMK SRI KOTA TAHUN 2013 
BOLEH MENDAPATKAN MARKAH 10% KOKURIKULUM 
BAGI TUJUAN PERMOHONAN MASUK KE IPTA 
DI PEJABAT SEKOLAH 
ATAU 
SMS (NAMA & NO KAD PENGENALAN) 
KE 017-9814540
MULAI 12.11.2013.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Gambar-gambar Hari Anugerah Kokurikulum

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH







Akar keladi melilit selasih 
Selasih tumbuh di hujung taman 
Kalungan budi jujungan kasih 
Mesra kenangan sepanjang zaman 


Ayam rintik di pinggir hutan 
Nampak dari tepi telaga 
Nama yang baik jadi ingatan 
Seribu tahun terkenang juga 






 



Tuailah padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intailah kami antara nampak 
Esok jangan rindu-rinduan 

 


Bila memandang ke muka laut 
Nampak sampan mudik ke hulu 
Bila terkenang mulut menyebut 
Budi yang baik ingat selalu 

























Bukan lebah sebarang lebah 
Lebah bersarang di pohon kayu 
Bukan sembah sebarang sembah 
Sembah adat pusaka Melayu 


 

Budak-budak bermain tombak 
Tombak diikat dengan rantai 
Kalau takut dilambung ombak 
Jangan berumah di tepi pantai 


 









Selasa, 22 Oktober 2013

Peranan dan Tanggungjawab Penyambut Tetamu

SILA KLIK

Ciri-ciri dan tugas seorang penyambut tetamu

Penyambut tetamu terbahagi kepada dua keadaan dimana penyambut dalam keadaan formal mahupun keadaan yang tidak formal. Dalam keadaan yang tidak formal, sesiapa sahaja boleh menjadi dan memainkan peranan sebagai penyambut tetamu apabila adanya tetamu yang datang mengunjungi ke tempat kediaman.

Senarai Tugas Jawatankuasa Pengurusan Majlis Rasmi

SILA KLIK



Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa, kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.

Penyusunan Bendera

SILA KLIK


Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahariterbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:
Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan
Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnyaadalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.
Sekolah-Sekolah
Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.
Susunan Keutamaan
Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah diwujudkan)4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan6. Bendera SyarikatKeutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan KeutamaanDYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalamSusunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.

Penyusunan Gambar

Penyusunan Tempat Duduk

Gelaran dan Panggilan Hormat

Susunan Keutamaan Persekutuan

Isnin, 21 Oktober 2013

Suatu Ketika Dahulu



















Catatan Popular