Berita Terkini
THE RISING OF THE FALLEN
Selasa, 26 Mac 2013
Sabtu, 23 Mac 2013
Status Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah
4.4.1 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum
Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)} Kegagalan atau keengganan
melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika
kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian,
seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus
ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk
Subseksyen 135(2) Akta 550}.
4.4.2 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang
dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah
kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan
beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau
permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam
kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.
{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
4.4.3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki
bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
4.4.4 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang
kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan
pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam
pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan
sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
4.4.5 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah
hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur
diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000,
KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.
4.4.6 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.
Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah
direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1986,
KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.
4.4.7 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh
dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota
masyarakat setempat.
Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 4/1985, KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Isnin, 18 Mac 2013
PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN
Perhimpunan Kokurikulum Bulan Mac 2013
Tarikh : 18 Mac 2013
Hari : Isnin
Masa : 0725 - 0805 hrs
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMKSK
Pasukan Bertugas : Pasukan Kor Kadet Polis
Tarikh : 18 Mac 2013
Hari : Isnin
Masa : 0725 - 0805 hrs
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMKSK
Pasukan Bertugas : Pasukan Kor Kadet Polis
Pemeriksaan barisan oleh Leftenan Kolonel KRS Hjh Nor Kamaliah bt Ghazali diiringi oleh C/Insp /KP Khoo Teng Seng. |
Pemeriksaan barisan oleh Leftenan Kolonel KRS Hjh Nor Kamaliah bt Ghazali diiringi oleh C/Insp /KP Khoo Teng Seng. |
Ucaptama oleh Mejar KRS Chai Sang Ter |
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Ahad, 17 Mac 2013
BOLA SEPAK B18 & B15 - PERLAWANAN PERSAHABATAN
Perlawanan Persahabatan Pasukan Bawah 18
Tarikh : 17 Mac 2013
Hari : Ahad
Tempat : Padang SMK Kg Jambu
Keputusan:
SMK Sri Kota (4) menewaskan SMK Kg Jambu (0)
Gol-gol disumbangkan oleh:
1. Mohd Hafizi b Shahrom (2)
2. Mohammad Nor Fitri b Saiful Rizal (2)
Perlawanan Persahabatan Pasukan Bawah 15 Tahun
Keputusan :
SMK Sri Kota (0) - SMK Kg Jambu (0)
Tarikh : 17 Mac 2013
Hari : Ahad
Tempat : Padang SMK Kg Jambu
Keputusan:
SMK Sri Kota (4) menewaskan SMK Kg Jambu (0)
Gol-gol disumbangkan oleh:
1. Mohd Hafizi b Shahrom (2)
2. Mohammad Nor Fitri b Saiful Rizal (2)
PASUKAN BAWAH 18 |
Keputusan :
SMK Sri Kota (0) - SMK Kg Jambu (0)
PASUKAN BAWAH 15 |
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Sabtu, 16 Mac 2013
Pn Jamilah bt Zakaria
Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Jamilah bt Zakaria atas segala sumbangan idea dan tenaga beliau dalam perkembangan kokurikulum murid selama beliau berada di SMK Sri Kota, Taiping. Tahniah atas perpindahan ke PPD Larut Matang dan Selama mulai 15 Mac 2013.
Terima kasih daripada warga SMK Sri Kota |
Terima kasih |
Terima kasih sekali lagi. |
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Rabu, 13 Mac 2013
AKTIVITI KOKURIKULUM 16 MAC 2013/SABTU
AKTIVITI KELAB DAN PERSATUAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Sabtu, 9 Mac 2013
KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Khamis, 7 Mac 2013
KURSUS PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013
Tarikh: 9 Mac 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : SMK Sri Kota
Penceramah:
- En Ahmad Yusri b Alimin (Tajuk : Pengenalan / Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Proses Penubuhan Kelab dan Persatuan)
- Cik Muniroh bt Mustaffa (Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab AJK)
- Pn Mashitah bt Abdul Moin (Tajuk : Pengurusan Mesyuarat dan Minit Mesyuarat)
- Pn Nik Zurnin bt Ibrahim (Tajuk : Pengurusan Fail dan Surat Menyurat)
- Pn Siti Salina bt Mohd Taib (Tajuk : Penyediaan Kertas Kerja Program)
- En Chee Ming Sin (Tajuk : Penyediaan Laporan Program)
- En Ahmad Yusri b Alimin (Tajuk : Pengucapan Awam)
Kehadiran:
Semua Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
Kelab Persatuan Akademik dan Bukan Akademik
Pasukan Badan Beruniform
Kelab Permainan
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Jumaat, 1 Mac 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
DRAF AKTIVITI ASAS PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta ...
-
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA .......................................................................................... SEKOLAH ME...