RAYMOND A/L HENARY, pelajar Tingkatan Dua SMK Sri Kota, Taiping, Perak yang mendokong motto sekolah ”The Rising of The Fall” telah memenangi 1 Pingat Emas (acara Pattern Individu), 1 Pingat Perak (acara Team Pattern), 2 Pingat Gangsa (acara Individu Sparring dan Team Sparring) dalam Kejohanan 1st Asia Pacific CHITF Taekwon-Do Championship yang berlangsung di Dewan Perdana UniKL, Bangi pada 6 – 7 Disember 2014.
Berita Terkini
THE RISING OF THE FALLEN
Selasa, 16 Disember 2014
The Rising RAYMOND A/L HENARY
RAYMOND A/L HENARY, pelajar Tingkatan Dua SMK Sri Kota, Taiping, Perak yang mendokong motto sekolah ”The Rising of The Fall” telah memenangi 1 Pingat Emas (acara Pattern Individu), 1 Pingat Perak (acara Team Pattern), 2 Pingat Gangsa (acara Individu Sparring dan Team Sparring) dalam Kejohanan 1st Asia Pacific CHITF Taekwon-Do Championship yang berlangsung di Dewan Perdana UniKL, Bangi pada 6 – 7 Disember 2014.
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Isnin, 15 Disember 2014
2015 Permohonan Menubuhkan Persatuan/Kelab/Pasukan Unit Beruniform
|
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN SRI
34000 TAIPING, PERAK.
Kod Sekolah : AEB 6055
Telefon : 05-8073591 Faks : 05-8089915
|
__________________________________________________________________
‘PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN’
Ruj. Tuan :
|
|
Ruj. Kami :
|
|
Tarikh :
|
|
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota,
34000 Taiping
Melalui:
Guru
Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa ....................................................................
Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN/KELAB/PASUKAN UNIT BERUNIFORM .............................................................................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA , TAIPING
Dengan segala hormatnya perkara
di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan Peraturan (4) dalam
Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan
ini memohon untuk menubuhkan .............................................................................
, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA mulai 1 Januari 2015.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan :
3.1 Draf
Perlembagaan.
3.2 Draf Aktiviti
Asas.
3.3 Senarai Nama
Jawatankuasa Penaja.
4. Kerjasama
dan kesudian daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai
dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
( )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja ...................................................................,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kota
s.k. 1. Guru
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kota
2.
Guru Penasihat/Pemimpin
.......................................................................,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kota
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
2015 Surat Penerimaan Pelantikan (Pelajar AJK)
Tarikh :
________________________________
________________________________
________________________________ Kelas : ___________
Ketua Guru Penasihat
________________________________
SMK Sri Kota
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tuan,
PENERIMAAN
PELANTIKAN SEBAGAI _______________________________
KELAB/PERSATUAN
AKADEMIK/ UNIT BERUNIFORM/KELAB PERMAINAN _______________________________________________________
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Terlebih
dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi perghargaan dan terima kasih di
atas kepercayaan dan keyakinan cikgu melantik saya
sebagai____________________
bagi Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Permainan
________________________
berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember
2015.
3. Sehubungan
dengan itu saya dengan sepenuh hati menerima pelantikan tersebut
Saya berikrar akan menumpukan segenap tenaga untuk
menunai dan melaksanakannya.
4. Saya faham
bahawa sekirannya saya lalai,alpa dan ingkar dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini,maka jawatan
ini boleh dilucutkan dengan persetujuan Penolong Kanan Kokurikulum.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
( )
No.K/P:
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
2015 Surat Pelantikan Pelajar AJK
|
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI
34000 TAIPING, PERAK.
Kod Sekolah : AEB 6055
Telefon : 05-8073591 Faks :
05-8089915
|
________________________________________________________________________
‘PERAK
SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN’
Ruj. Tuan :
|
|
Ruj. Kami :
|
|
Tarikh :
|
|
Kepada;
________________________ Kelas : ___________
Saudara/Saudari,
PELANTIKAN
SEBAGAI ___________________ KELAB/PERSATUAN AKADEMIK/
UNIT
BERUNIFORM/KELAB PERMAINAN _________________________________
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya
oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub
dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196 bahawa
saudara/i telah dilantik sebagai
_____________________ bagi Kelab/Persatuan/Unit
Beruniform/Kelab Permainan _______________________ berkuatkuasa mulai 1 Januari
2015 hingga 31 Disember 2015.
3.
Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan
dan Surat Penerimaan Pelantikan yang perlu dilengkapkan
oleh saudara/i.
Tahniah dan semoga saudara/i dapat menjalankan tanggungjawab
ini dengan penuh cemerlang.
Sekian,terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
(
)
Ketua Guru
Penasihat
Perhatian:
Setelah
dilengkapkan mohon diperbanyakkan
dan serahkan salinan kpd PK Koku,Penyelaras
berkaitan
dan Fail Kelab/Persatuan masing-
s.k 1. Fail
Pengurusan Koku
masing.
2. Fail
Penyelaras
3. Fail
Kelab/Persatuan yang berkenaan
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
2015 Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA
..........................................................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA, TAIPING
Pada mematuhi Subperaturan
5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Penaja ....................................................................,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota, Taiping yang selepas ini disebut sebagai
”persatuan” sahaja.
1. Pengerusi
(No.Kad
Pengenalan: )
2. Naib Pengerusi
(No.Kad
Pengenalan: )
3. Setiausaha
(No.Kad
Pengenalan: )
4. Penolong Setiausaha
(No.Kad
Pengenalan: )
5. Bendahari
(No.Kad
Pengenalan: )
6. Penolong Bendahari
(No.Kad
Pengenalan: )
7. Ahli Jawatankuasa 7.1
(No.Kad
Pengenalan: )
7.2
(No.Kad
Pengenalan: )
7.3
(No.Kad
Pengenalan: )
7.4
(No.Kad
Pengenalan: )
7.5
(No. Kad Pengenalan: )
Perakuan: Kami dengan
ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi Subseksyen
6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam
artikel yang sama seperti dalam Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan
Persatuan.
( ) ( )
Pengerusi
Penaja Setiausaha Penaja
...................................................... ......................................................
SMK Sri Kota,Taiping SMK Sri Kota,Taiping
Tarikh:
......................... Tarikh:
...........................
Pengesahan: Saya
dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah Senarai
Ahli Jawatankuasa Penaja dan perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang
dan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kadet
Remaja Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Taiping.
( )
Guru Penasihat
............................................................
SMK Sri Kota,Taiping
Tarikh:
.......................
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
2015 Draf Aktiviti Asas Persatuan
DRAF AKTIVITI ASAS PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan
5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Draf Aktiviti Asas
.................................................................................................,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota, Taiping yang selepas ini disebut sebagai
”persatuan” sahaja.
1.
Program
Kadet Remaja Sekolah:
1.1 Persetiaan
1.2
Peraturan-Peraturan KRS
1.3
Ikrar Tunas KRS
1.4
Ikatan dan Simpulan
1.5
Pertolongan Cemas
1.6
Kawad Kaki
1.7
Gajet
1.8
Hiking
1.9
Kem Kraf
1.10
Khidmat Masyarakat
1.11
Ujian-Ujian Kecekapan
2.
Aktiviti Kadet Remaja Sekolah:
2.1 Perkhemahan Tahunan
2.2
Pertandingan Kawad Kaki
2.3
Pertandingan Gajet
2.4
Pertandingan Kem Kraf
2.5
Lawatan
2.6
Pungutan Derma
2.7
Jambori
2.8
Persembahan Kebudayaan
3.
Aktiviti Kependidikan: 3.1 Ceramah
3.2
Kursus Kecekapan
3.3
Bengkel Penulisan Projek
Perakuan: Kami dengan
ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas adalah
aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh persatuan
ini.
.
( ) ( )
Pengerusi
Penaja Setiausaha Penaja
..................................................... ...............................................................
SMK Sri Kota,Taiping SMK
Sri Kota,Taiping
Tarikh:
......................... Tarikh:
...........................
Pengesahan: Saya
dengan ini mengesahkan bahawa Draf Aktiviti Asas di atas adalah sesuai dengan
tujuan dan matlamat penubuhan ..............................................................,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota, Taiping.
( )
Guru
Penasihat
....................................................,
SMK Sri
Kota,Taiping
Tarikh:
.......................
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
2015 Draf Perlembagaan
DRAF PERLEMBAGAAN
.............................................................................................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI KOTA, TAIPING
PERATURAN-PERATURAN
(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
PERATURAN-PERATURAN
(PERLEMBAGAAN) PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
Pada mematuhi
Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah
1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No.11 Tambahan No.41, Perundangan (A): P.U. (A) 196
bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan)
PERSATUAN/KELAB/UNIT
BERUNIFORM : ...........................................................................................................................................
Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Kota, 34000 Taiping, Perak yang selepas ini disebut
sebagai ‘persatuan’ sahaja.
PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT
1. 1 Nama :
a.
Persatuan ini
dinamakan ....................................................................................
Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Kota, Taiping.
b. Alamat : Sekolah Menegah Kebangsaan Sri Kota,
Jalan Raja Sulong,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan
PERATURAN 2 : MATLAMAT
Memberi
peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3 : OBJEKTIF
3.1
Melahirkan, memupuk
dan menambahkan minat seluruh pelajar SMK Sri Kota
terhadap mata pelajaran / kegiatan
mata pelajaran / kegiatan berpersatuan.
3.2 Mengadakan
aktiviti sama ada berbentuk lisan atau penulisan yang berkaitan dengan
persatuan.
3.3 Mengadakan lawatan ke
tempat-tempat yang boleh mendatangkan
pengajaran dan pengetahuan kepada pelajar.
3.4 Membantu pelajar dalam
usaha meninggikan pencapaian mereka dalam peperiksaan.
3.5 Penglibatan pelajar
dapat melatih disiplin diri dalam proses pembelajaran di samping memberi
pengalaman baharu dalam sebarang aktiviti di luar bilik darjah.
3.6 Ahli-ahli akan seberapa
daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang
diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya
PERATURAN 4 : KEAHLIAN
4.1 Keahlian persatuan ini terbuka kepada semua pelajar di sekolah
ini (Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5)
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah
menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
4.4 Tanggungjawab ahli :
4.4.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara
dalam membentuk sesuatu keputusan.
4.4.2 Ahli
bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang berlunaskan
perlembagaan supaya persatuan ini bergerak dengan giat mengikut perlembagaan.
4.4.3 Ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk
memastikan tidak berlaku penyelewengan.
4.4.4 Setiap ahli persatuan diwajibkan hadir / mengambil bahagian
dalam segala bentuk aktiviti yang
dianjurkan oleh persatuan.
4.4.5 Sebarang tindakan
yang diambil hendaklah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa terlebih dahulu.
PERATURAN 5 : PENTADBIRAN
5.1 Penanung : Pengetua
5.2 Penasihat : PK Kokurikulum
5.3 Penyelaras : ..............................................................................
5.4 Guru Penasihat : Seorang
atau lebih guru yang mengajar di
sekolah ini.
5.4.1 Tanggungjawab Guru Penasihat
5.4.1.1 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam
perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.4.1.2 Guru Penasihat hendaklah
sentiasa bersama-sama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 : AHLI
JAWATANKUASA
6.1 Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala shli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat
tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :
6.6.1 Seorang Pengerusi
6.6.2 Seorang Naib Pengerusi
6.6.3 Seorang Setiausaha
6.6.4 Seorang Penolong
Setiausaha
6.6.5 Seorang Bendahari
6.6.6 Seorang Penolong
Bendahari
6.6.7 5 atau lebih ahli jawatan
kuasa (bergantung kepada keperluan)
6.6.8 2 orang Juru audit
PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi :
7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat
yang diadakan.
7.1.2 Mengadakan mesyuarat dari
semasa ke semasa dan mesyuarat tahunan.
7.1.3 Meneliti catatan
mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat telah
diambil.
7.1.4 Membincangkan segala
program dan aktiviti tahunan persatuan dengan guru penasihat.
7.1.5 Memastikan aktiviti
persatuan berjalan dengan lancar / baik.
7.1.6 Melaksanakan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi :
7.2.1 Membantu pengerusi dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Menggantikan pengerusi
dalam mana-mana mesyuarat jika pengerusi tidak dapat hadir.
7.2.3 Melaksanakan tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.3 Setiausaha :
7.3.1 Mencatat minit mesyuarat dan
mengedarkannya pada ahli.
7.3.2 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.3 Menyediakan laporan
kegiatan penggal/ tahunan untuk guru penasihat.
7.3.4 Menguruskan surat
menyurat.
7.3.5 Menjemput ahli untuk
menghadiri mesyuarat tahunan.
7.3.6 Menyimpan dokumen /rekod
yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.7 Melaksanakan tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha :
7.4.1 Membantu setiausaha dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap persatuan.
7.4.2 Menjalankan tugas
Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Melaksanakan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.5 Bendahari :
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan Persatuan.
7.5.2 Mengutip yuran.
7.5.3 Menyerahkan segala
kutipan wang kepada guru penasihat.
7.5.4 Membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya
7.5.5 Mencatat segala
perbelanjaan persatuan dan menyediakan Penyata Kewangan bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
7.5.6 Mengemukakan segala penyata kewangan
dalam mesyuarat.
7.5.7 Melaksanakan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Melaksanakan tugas-tugas Bendahari
sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Membantu Bendahari untuk
menyediakan penyata kewangan persatuan.
7.6.3 Membantu Melaksanakan
tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu dalam
menjalankan tugas dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik
7.7.3 Melaksanakan tugas-tugas
lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.8 Pemeriksa Kira-kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta
mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 : KEWANGAN
8.1 Sumber utama
kewangan persatuan adalah melalui derma
yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
8.2 Kutipan derma dan
kumpulan wang yang dikutip boleh digunakan untuk aktiviti persatuan.
8.3 Persatuan boleh menerima
sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain bentuk sumbangan dari mana-mana
pihak dengan pengetahuan Pengetua.
8.4 Persatuan juga boleh
memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan.
8.5 Ahli-ahli yang bersetuju
menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma
khas bagi membiayai aktiviti-aktiviti tersebut.
8.6 Semua pungutan /
penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun Suwa sekolah, sekiranya mendapat
kebenaran Pengetua.
PERATURAN 9 : MESYUARAT
9.1
Mesyuarat tahunan
diadakan pada bulan pertama persekolahan.
9.2
Mesyuarat
jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau
bila-bila masa yang diperlukan.
9.3
Mesyuarat tahunan
hanya sah apabila minimum 2/3 ahli hadir.
9.4
Notis mesyuarat
tahunan hendaklah disampaikan kepada ahli sekurang-kurangnya satu minggu awal
daripada tarikh mesyuarat tersebut diadakan.
9.5
Pemberitahuan
mesyuarat jawatankuasa hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 4 hari sebelum
mesyuarat tersebut dijalankan.
9.6
Ahli-ahli
jawatankuasa wajib menghadiri mesyuarat.
9.7
Setiap ahli
jawatankuasa mestilah mematuhi peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan
dengan licin dan sempurna.
PERATURAN 10 : KEHADIRAN / PENYERTAAN
10.1 Ahli persatuan
dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang
tahun.
10.2 Kegagalan berbuat
demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk
sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 11 : AKTIVITI
11.1 Aktiviti tahunan / Pelan
Tindakan Tahunan hendaklah dirancang oleh Ahli Jawatankuasa.
11.2 Aktiviti yang dijalankan
hendaklah seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
11.3 Sebarang pindaan aktiviti
akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 12 : PERATURAN-PERATURAN AM
12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi
peraturan asas.
12.2 Peraturan khas yang ditetapkan
hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan
dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 13 : TINDAKAN DISIPLIN
13.1 Tindakan disiplin akan
dikenakan terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan Tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut;
13.2.1 Amaran lisan
13.2.2 Amaran bertulis
13.3 Ahli yang tidak berpuas
hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.
13.4 Sebarang pelanggaran
disiplin yang serius harus dirujuk kepada peraturan sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
PERATURAN 14 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
14.1 Perlembangan persatuan
tidak boleh bercanggah dengan dasar Kokurikulum yang diwartakan oleh kerajaan.
14.2 Cadangan pindaan
perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,
ahli-ahli jawatankuasa , Guru Penasihat
atau pentadbir sekolah secara bertulis dan memaklumkan kepada Pengetua.
14.3 Satu mesyuarat khas yang
dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa dengan menjemput Pengetua /
PK Kokurikulum atau wakilnya untuk membincangkan cadangan pindaan perlembagaan
tersebut dan meluluskannya jika perlu.
14.4 Setiap pindaan yang telah
diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.
PERATURAN 15 : PEMBUBARAN PERSATUAN
15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan
persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Negara.
15.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki
kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 16 : HAL-HAL LAIN
16.1 Setiap ahli perlu
mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti
aktiviti dengan penuh minat.
........................................................................... ...........................................................................
(
) (
)
Pengerusi, Setiausaha,
SMK
Sri Kota , Taiping. SMK
Sri Kota , Taiping.
...........................................................................
(
)
Guru
Penasihat
SMK
Sri Kota, Taiping.
Posted by
Bengkel Usang Ahmad Yusri
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
DRAF AKTIVITI ASAS PERSATUAN Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta ...
-
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA .......................................................................................... SEKOLAH ME...