STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES (SOP)
PROGRAM :
TARIKH :
TEMPAT :
PERATURAN / PROSEDUR YANG PATUT DIFAHAMI DAN DIPATUHI OLEH SEMUA PESERTA
A. DALAM KENDERAAN / BAS
1. Duduk di tempat yang ditetapkan – berlainan jantina tidak dibenarkan.
2. Tidak dibenarkan membuat bising dan bermain.
3. Jaga kebersihan – sampah hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan.
4. Utamakan keselamatan ketika naik dan turun bas.
B. TEMPAT PENGINAPAN
1. Tidak dibenarkan melakukan perkara yang menyalahi peraturan seperti bergaduh dan sebagainya.
2. Segala peralatan hendaklah dijaga dengan baik.
3. Utamakan kebersihan, sampah hendaklah dibuang ditempat yang ditentukan.
4. Peserta lelaki dilarang sama sekali berada di tempat penginapan peserta perempuan dan sebaliknya.
5. Selepas jam 11.00 malam tidak ada pergerakan peserta di tempat penginapan.
C. DEWAN MAKAN
1. Sentiasa beratur ketika mengambil makanan.
2. Jaga kebersihan tempat makan.
3. Kerusi mesti disusun selepas digunakan.
4. Pinggan dan cawan yang digunakan hendaklah dibasuh dan diletakkan di tempat yang diarahkan.
5. Jangan tinggalkan sisa makanan di atas meja makan.
6. Duduk dalam kumpulan yang ditetapkan.
7. Tunggu sehingga semua peserta telah duduk dan salah seorang peserta membaca doa makan.
8. Jangan membuat bising di meja makan.
D. DEWAN KULIAH
1. Masuk ke dalam dewan dengan cara beratur.
2. Pakaian adalah seperti yang diarahkan.
3. Dilarang bermain dan membuat bising di dalam dewan.
4. Jaga kebersihan dewan.
E. SURAU
1. Semua peserta Islam mesti berada di dalam surau pada waktu solat.
2. Jangan bermain dan membuat bising.
3. Jaga kebersihan surau.
F. KAWASAN LARANGAN
1. Semua peserta hendaklah berada di tempat yang ditentukan sahaja.
2. Peserta tidak dibenarkan merayau, bermain atau berada di kawasan larangan.
3. Kawasan larangan akan ditetapkan pada hari pertama kursus.
G. PERATURAN KESELAMATAN PROGRAM
1. Sepanjang program peserta hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
2. Peserta beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
3. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
4. Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan kem.
5. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
6. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa kem berlangsung.
7. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan program kecuali semasa aktiviti rasmi.
8. Penjagaan diri / peralatan / harta persendirian perlu diberi keutamaan.
9. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.
10. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak Urusetia.
11. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
H. PERATURAN-PERATURAN LAIN
1. Semua peserta mestilah berada di tempat aktiviti dengan menepati masa yang ditetapkan.
2. Pakaian adalah bersesuaian dengan aktiviti, seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.
3. Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit.
4. Laporkan segera sekiranya peserta tidak sihat atau mengalami kemalangan.
5. Peserta lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berjumpa / bertemu dengan tujuan bersuka-suka.
6. Segala peralatan yang dibawa hendaklah dijaga dengan baik. Sebarang kehilangan adalah tanggungan sendiri.
7. Semua peserta mesti mengikuti segala aktiviti yang dirancang.
8. PESERTA YANG MELANGGAR PERATURAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN.
9. PERATURAN-PERATURAN LAIN AKAN DIBERIKAN DARI SEMASA KE SEMASA.
“SAYA MENGAKU FAHAM DAN AKAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN / PROSEDUR YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK URUSETIA”
Tandatangan : ..........................................................................................(Peserta)
Nama : ..........................................................................................
No. K.P. : ..........................................................................................
Sekolah : SMK Sri Kota, Taiping
Tarikh : ..........................................................................................
Disaksikan oleh :
Tandatangan : ........................................................................(Ibubapa/Guru Pengiring)
Nama : ..........................................................................................
No. K.P. : ..........................................................................................
Sekolah : SMK Sri Kota, Taiping
Tarikh : ..........................................................................................